Dua nasib yang berbeza dialami oleh dua perseorangan wanita negara selepas bertarung pada peringkat Pusingan 32 acara badminton individu di temasya Sukan Asia 2022, hari ini.
Pemain wanita No.1 negara, Goh Jin Wei beroleh nasib yang baik apabila berjaya melakar kemenangan ke atas lawannya dari Vietnam yang menghuni ranking ke-135 dunia, Vu Thi Anh Thu.
Dalam pertarungan terbabit, Jin Wei meraih kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-10 dan 21-13 dalam tempoh masa 29 minit sekaligus membolehkannya mara ke Pusingan 16.
Hasil kemaraan itu, Jin Wei bakal bertemu samada pemain India yang berada di ranking ke-49 dunia, Ashmita Chaliha atau pemain No.1 Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung pada hari esok untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
RESULTS: #AsianGames2022
R32 | Individual Event
#THA🇹🇭 Busanan Ongbamrungphan(8) def. #MAS🇲🇾 K Letshanaa 21-13 21-10 #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/7BzCphoF79
— BAM (@BA_Malaysia) October 3, 2023
Bagaimanapun, nasib yang berbeza menimpas Letshanaa Karupathevan apabila terpaksa menamatkan perjalanannya di temasya Sukan Asia.
Ini selepas Letshanaa yang berada di ranking ke-59 dunia terpaksa akur akan kehebatan pemain Thailand yang menghuni ranking ke-16 dunia, Busanan Ongbamrungphan.
Pertarungan tersebut berakhir dengan Letshanaa tumpas secara “straight set” menerusi skor 13-21 dan 10-21 dalam tempoh masa menghampiri 40 minit permainan.
Melalui kemenangan tersebut, Busanan akan ke Pusingan 16 dan akan bertemu samada pemain Pakistan yang berada di ranking ke-430 dunia, Mahoor Shahzad atau pemain No.1 Vietnam yang berada di ranking ke-28 dunia, Nguyen Thuy Linh.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia