Kejohanan Remaja Dunia BWF: Sembilan Wakil Negara Mara Ke Pusingan 32
October 4, 2023 โ€ข Hafizuddin Omar

Seramai sembilan wakil negara berhasil melangkah ke Pusingan 32 dalam acara individu di Kejohanan Remaja Dunia BWF yang sedang berlangsung pada ketika ini di Spokane, Amerika Syarikat.

Sembilan wakil itu terdiri daripada seorang wakil dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, dua beregu lelaki dan wanita serta tiga beregu campuran yang berjaya mencetak kemenangan pada Pusingan 64, sekitar tengah malam tadi.

Bagi perseorangan lelaki, Muhammad Faiq yang merupakan pilihan kesebelas berjaya melangkah ke Pusingan 32 selepas menundukkan pemain Hong Kong, Lam Ka To menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 18-21 dan 21-13.ย 

Kemenangan itu membawanya bertemu perseorangan Kanada iaitu Timothy Lock untuk merebut tiket ke Pusingan 16.

Manakala bagi perseorangan wanita pula, Ong Xin Yee yang diletakkan selaku pilihan ketujuh kejohanan mara setelah menumpaskan pemain Latvia, Anja Rumpold secara โ€œstraight setโ€ menerusi skor 21-7 dan 21-16.ย 

Untuk perlawanan seterusnya, Xin Yee akan berhadapan pemain dari Sweden iaitu Elin Ohling.

Sementara itu, beregu campuran, Low Han Chen dan Chong Jie Yu yang merupakan pilihan keempat kejohanan akan bertemu gandingan Jepun, Kosuke Kakuta dan Mei Sudo di Pusingan 32 setelah menumpaskan pasangan Austria, Pascal Cheng dan Chiara Rudolf.

Sepasang lagi beregu campuran yang mara adalah gandingan Kang Khai Xing dan Carmen Ting. Mereka mencipta kemaraan tersebut setelah menundukkan gandingan Belanda, Casper Spaans dan Florine Wille sekaligus membawa mereka berentap dengan beregu Chinese Taipei, Lai Po Yu dan Jheng Yu Chieh.

Turut sama melengkapkan kemaraan daripada kategori ini adalah Bryan Jeremy Goonting dan Chan Wen Tse yang berhasil menjinakkan gandingan Slovenia, Vid Koscak dan Anja Blazina secara โ€œstraight setโ€ menerusi skor 21-8 dan 21-13.

Menanti mereka di Pusingan 32 adalah beregu India, Samarveer dan Radhika Sharman.

Pada masa yang sama, Bryan Jeremy Goonting yang turut beraksi dalam kategori beregu lelaki bersama Aaron Tai turut mara ke Pusingan 32 apabila menyingkirkan gandingan Indonesia, Zidane Attauba Efendi dan Kleopas Binar Putra Prakoso menerusi skor 19-21, 21-13 dan 21-19.

Untuk perlawanan seterusnya, mereka akan bertemu beregu Portugal, Santiago Batalha dan Dinis Maia.

Kang Khai Xing yang turut sama beraksi dalam kategori lelaki dengan bergandingan bersama Low Han Chen turut melakar kemaraan setelah mengekang kemaraan beregu Latvia, Edzus Meirans dan Richards Zugs.ย 

Kemenangan itu membawa mereka berentap menentang gandingan tuan rumah iaitu Neil Ganguly dan Michael Xu.

Manakala bagi kategori beregu wanita, kedua-dua gandingan Chan Wen Tse dan Chong Jie Yu serta Ong Xin Yee dan Carmen Ting berhasil melepasi lawan masing-masing di Pusingan 32.

Di Pusingan 16 kelak, Wen Tse-Jie Yu akan bertemu beregu Jepun merangkap pilihan pertama kejohanan, Mei Sudo dan Nao Yamakita manakala Xin Yee-Carmen Ting akan melayan cabaran beregu China, Jiang Pei Xi dan Liao Li Xi.

Untuk makluman, terdapat dua wakil negara iaitu perseorangan lelaki, Eogene Ewe dan perseorangan wanita, Siti Zulaikha Azmi yang gagal melepasi cabaran di Pusingan 32 lalu terpaksa akur menamatkan perjalanan mereka di kejohanan ini.

Komen