Sukan Asia: Juara Dunia Kecundang Di Tangan Zii Jia
October 4, 2023 Hafizuddin Omar

Jaguh perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir acara badminton individu di temasya Sukan Asia 2022 biarpun terpaksa berhadapan Kunlavut Vitidsarn yang merupakan juara Kejohanan Dunia BWF 2023. 

Dalam pertarungan di peringkat Pusingan 16 yang berlangsung sebentar tadi, Zii Jia terlebih dahulu tumpas di tangan Kunlavut pada set pertama menerusi skor 10-21.

Namun begitu, Zii Jia yang berada di ranking ke-16 dunia berjaya bangkit mengejar pada set kedua sekaligus memenanginya dengan skor 21-19 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Pada set ketiga, Zii Jia mengekalkan persembahannya dan ianya tidak dapat dikekang langsung oleh Kunlavut sekaligus terpaksa akur tewas dengan skor 21-6.

Sebagai rekod, ini ini merupakan kemenangan keempat daripada tujuh pertemuan dicatatkan oleh Zii Jia bertemu pemain berusia 22 tahun ini di pentas antarabangsa.

Pada peringkat seterusnya, Zii Jia akan turun berentap menentang perseorangan India yang berada di ranking ketujuh dunia, Prannoy Haseena Sunil Kumar untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Prannoy yang muncul juara Malaysia Masters 2023 mara ke peringkat suku akhir Sukan Asia setelah menundukkan pemain Kazakhstan, Dmitry Panarin secara “straight set” menerusi skor 21-12 dan 21-13. 

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen