Malaysia Sokong Arab Saudi Bida Tuan Rumah Piala Dunia 2034
October 6, 2023 Hafizuddin Omar

Hasrat Arab Saudi menerusi Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) untuk membida hak tuan rumah bagi Piala Dunia 2034 mendapat sokongan daripada Malaysia.

Sokongan tersebut dilontarkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Ahli Majlis Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

Hamidin berkata bidaan ini hadir setahun selepas Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia yang pertama di timur tengah yang diklasifikasikan berjaya oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

“Lantaran itu, kami menyokong Arab Saudi sebagai satu lagi negara asia yang mampu menyajikan Piala Dunia selepas Korea Selatan dan Jepun pada 2002 dan Qatar, 2022.

“Piala Dunia yang diadakan di Korea Selatan, Jepun dan Qatar amat menakjubkan dan kami yakin Arab Saudi juga mampu menganjurkan kejohanan yang sama,” katanya menerusi platform media sosial FAM, pag ini.

Terdahulu, Arab Saudi tampil mengumumkan hasratnya untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia 20234 kira-kira satu jam selepas FIFA mengeluarkan kenyataan menjemput negara-negara yang bernaung di bawah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) untuk membuat bidaan bagi penganjuran Piala Dunia 2034.

Tidak lama selepas SAFF menyatakan hasratnya, AFC menerusi presidennya, Sheikh Salman Bin Ibrahim Al Khalifa turut sama menyatakan sokongan.

Featured Image: Saudi Arabia Football Federation

Komen