Piala Al-Ikhsan: UiTM United, YPC FC Saling Merendah Diri
October 6, 2023 Hafizuddin Omar

Kedua-dua pasukan, UiTM United mahupun Kelab Bolasepak Yayasan Pahang Maintenance (YPM FC) mengambil sikap merendah diri dan berwaspada dengan kemampuan lawan masing-masing pada perlawanan akhir Al Ikhsan Cup 2023 di Stadium Uitm Shah Alam, malam esok. 

Diletakkan dalam Zon yang sama iaitu Zon Timur pada aksi peringkat kumpulan pada  Jun 2023, rekod pertembungan nyata memihak YPM FC dengan kemenangan tipis 1-0  ditempat lawan pada pusingan kedua selepas sekadar seri 1-1 pada pusingan pertama  dilaman sendiri. 

Bagi pengendali YPM FC, Syed Farul Hakim Syed Mahmud melihat keputusan yang  diraih pada peringkat Zon bukanlah ukuran dan gambaran sebenar dan pastinya berbeza  apabila layak ke pentas akhir. 

“Jika di ambil keputusan di peringkat Zon, kami rasa itu tidak dapat diambilkira kerana  saya percaya UiTM United bukanlah satu pasukan yang mudah untuk dikalahkan apatah lagi mereka beraksi dilaman sendiri.

“Tetapi kami hadir dengan semangat memburu kemenangan dan akan berusaha dengan  lebih dari sebelum ini untuk menamatkan perlawanan dengan gelaran kejuaraan,”  tegasnya. 

View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Tambahnya lagi, kehadiran Azamuddin Akil  (Alex) dan Fauzi Roslan (Koji) selaku pemain berpengalaman umpama suntikan tambahan buat pasukan khususnya bila  beraksi di pentas akhir. 

“Alex dan Koji antara individu yang memberi impak positif kepada pasukan selain pemain pemain berpengalaman lain yang juga menyuntik semangat pemain muda untuk terus menyerlah. 

“Semestinya pengalaman yang ada pada pemain-pemain ini (berpengalaman) akan  digunapakai untuk perlawanan akhir kerana kita sedar lawan dibarisi pemain muda yang  rata-rata laju dan pengalaman yang ada pada pemain YPM FC mampu mengekang  asakan dari pasukan lawan. 

“Jika boleh kami mahu menamatkan perlawanan final dalam tempoh 90 minit kerana saya  percaya pemain-pemain saya akan turun beraksi dengan lebih bersemangat untuk  mencari gol dan pulang dengan kejuaraan,” ujarnya. 

View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Sementara itu, pengendali UiTM United, Mohd Yazli Yahya turut senada dengan Syed  Farul Hakim yang menyifatkan keputusan di peringkat Zon sebelum ini bukanlah ukuran  sebenar kekuatan pasukan masing-masing. 

“Bukan ukuran sebenar namun boleh dijadikan rujukan buat kedua-dua pasukan bagi  memperbaiki kelemahan untuk pertembungan di pentas final malam esok. 

“Kami akui lawan dibarisi pemain berpengalaman namun dalam bola sepak faktor usia  bukanlah satu ukuran, ianya bergantung kepada tahap kecergasan para pemain.

“UiTM United akan cuba bermain lebih agresif untuk memastikan lawan akan sentiasa  menerima tekanan sepanjang 90 minit tempoh permainan. 

“Secara jujurnya, saya menghormati kekuatan semua pasukan lawan yang kita hadapi  dalam kejohanan kali ini, beraksi di stadium keramat kami untuk perlawanan akhir ini  mmg satu kelebihan. 

“Namun apa yang paling saya bimbangkan dan tumpukan adalah untuk memastikan para  pemain dapat beraksi di tahap optimum pada pentas akhir,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Komen