Artikel

Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Terengganu Kini Presiden PBSNT

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kini mempunyai presiden yang baharu.

Individu yang dilantik mengisi jawatan tersebut ialah YB Hishamuddin Abdul Karim merangkap Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu berkuatkuasa pada 8 Okotber 2023. 

Perkara tersebut dikongsikan oleh PBSNT menerusi platform media sosialnya selepas ianya disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT Kali 1/2023 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Difahamkan, perlantikan Hishamuddin itu hadir menerusi Menteri Besar Terengganu merangkap bekas Presiden PBSNT, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Merujuk kepada Statut PBSNT, Menter Besar mempunyai kuasa untuk memilih Presiden PBSNT.

Bagi penyokong bola sepak di Terengganu, Hishamuddin bukanlah nama asing dimana sebelum ini beliau pernah menggalas jawatan selaku Timbalan Presiden PBSNT I bermula sekitar Ogos 2018 sehingga penghujung 2020.

Untuk makluman semua, mesyuarat yang sama turut mengemukakan hal-hal yang berbangkit dalam hal ehwal bola sepak yang diuruskan PBSNT.

Turut hadir dalam mesyuarat terbabit adalah Timbalan Presiden, Datuk Marzuki Sulong, Setiausaha Agung PBSNT, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Jalil serta ahli-ahli jawatankuasa PBSNT.

Featured Image: Facebook Hishamuddin Abdul Karim

komen