COO Terengganu FC Naik Pangkat, Isi Kekosongan Ditinggalkan Ab Rasid
October 9, 2023 Hafizuddin Omar

Teka-teki mengenai individu yang akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC akhirnya terjawab pada hari ini.

Menerusi makluman oleh pihak kelab, individu yang dipilih untuk mengisi kekosongan terbabit ialah Mohd Sabri Abas yang menjawat jawatan selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu FC sebelum ini.

Keputusan pelantikan telah dibuat secara rasmi dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFCSB kali ke-3 tahun 2023 semalam dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), YB Hishamuddin Abdul Karim merangkap Exco Pembangunan Beli, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.

“Saya menganggap pelantikan ini adalah satu tanggungjawab dan aman yang cukup besar bagi diri saya. Oleh itu, saya mengambil tanggungjawab ini dengan penuh postif dan berazam untuk membawa kelab Terengganu FC ke arab yang lebih cemerlang.” katanya.

Difahamkan, Sabri antara individu yang banyak menyumbang dalam perkembangan kelab ini sejak berkhidmat bermula tahun 2020.

Dengan mengambil kira daripada aspek khususnya pengurusan, Ahli Lembaga Pengarah TFCSB melihat kredibiliti serta pengalaman yang dimiliki Sabri menjadikannya calon terbaik untuk menjadi peneraju baharu Terengganu FC.

Terdahulu, jawatan CEO Terengganu FC mengalami kekosongan ekoran penyandangnya yang terdahulu, Ab Rasid Jusoh menerima pelantikan daripada sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan).

Featured Image: Terengganu FC

Komen