Dua wakil negara yang terdiri daripada beregu lelaki dan beregu campuran berjaya membawa pulang pingat gangsa masing-masing daripada Kejohanan Remaja Dunia BWF 2023 yang berlangsung sepanjang minggu lalu di Spokane, Amerika Syarikat.
Gandingan Bryan Goonting dan Aaron Tai yang diletakkan sebagai pilihan kelima membawa pulang kilauan pingat terbabit selepas mara ke peringkat separuh akhir saingan untuk pemain bawah 19 (B-19) tersebut.
RESULTS: #BWJC2023
Individual Events | SF#TPE Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng(6) def. #MAS🇲🇾 Bryan Goonting-Aaron Tai(5) 21-18 15-21 21-14
* Tahniah Bryan-Aaron with the 🥉for 🇲🇾
Last boys’ doubles pair to win a medal was 2011 winner, Teo Ee Yi-Nelson Heg.#DemiMalaysia… pic.twitter.com/b90uhcbdJq
— BAM (@BA_Malaysia) October 8, 2023
Mereka mara selepas menumpaskan beregu Jepun, Kosuke Kakuta dan Kaito Sugawara menerusi skor 12-21, 21-17 dan 21-16. Namun begitu, Bryan-Aaron gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir apabila tumpas kepada gandingan Chinese Taipei, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dengan keputusan 18-21, 21-15 dan 14-21 di peringkat separuh akhir.
Sementara itu, sepasang lagi wakil yang membawa pulang pingat gangsa adalah beregu campuran, Low Han Cheng dan Chong Jie Yu setelah menundukkan gandingan Indonesia, Adrian Pratama dan Felisha Pasaribu secara “straight set” 21-18 dan 21-16 di peringkat suku akhir.
Sepertimana skrip dialami Bryan-Aaron, gandingan Han Cheng dan Jie Yu turut sama gagal ke perlawanan akhir apabila terpaksa aku tumpas di tangan beregu China, Zhu Yi Jun dan Huang Ke Xin secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-14.
RESULTS: #BWJC2023
Individual Events | SF#CHN🇨🇳 Zhu Yi Jun-Huang Ke Xin(1) def. #MAS🇲🇾 Low Han Chen-Chong Jie Yu(4) 21-14 21-14
* Tahniah Han Chen-Jie Yu with the 🥉for 🇲🇾
Last mixed doubles pair to win the medal was Chen Tang Jie-Toh Ee Wei in 2016.#DemiMalaysia… pic.twitter.com/ImVa3aisCf
— BAM (@BA_Malaysia) October 7, 2023
Kejayaan dua wakil negara membawa pulang dua pingat ini menjadikan pencapaian pemain-pemain negara di Kejohanan Remaja Dunia BWF pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.
Sebagai perbandingan, tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun wakil negara berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir mahupun suku akhir apabila kesemua empat wakil terakhir negara kecundang di Pusingan 16.