Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini kembali menghuni ranking ke-14 dunia setelah menghuninya buat kali terakhir kira-kira sebulan yang lalu.
Berdasarkan kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada minggu ini, Zii Jia menghuni kedudukan tersebut selepas merakamkan lonjakan dua anak tangga.
Lonjakan itu dicetuskan oleh kemaraannya sehingga ke peringkat suku akhir dalam acara badminton individu di Sukan Asia baru-baru ini.
Kemaraan itu memberikannya tambahan sebanyak 6,600 mata sekaligus membolehkan atlet berusia 25 tahun ini mengumpul 60,176 mata secara keseluruhan.
Sementara itu, kedudukan perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong pula kekal di kedudukan ke-19 dunia tidak berubah sejak tiga minggu lalu.
Tze Yong berada di kedudukan berkenaan dengan mengumpul 53,560 mata secara keseluruhan.
Manakala perseorangan lelaki ketiga negara, Leong Jun Hao pula mencatatkan peningkatan sebanyak satu anak tangga dan kini berada di ranking ke-38 dunia.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia