Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tampil mengumumkan dan mengesahkan tuan rumah kejohanan bola sepak terulungnya iaitu EURO bagi edisi 2028 dan 2032.
Menurut laman rasminya, Jawatankuasa Eksekutif UEFA telah memilih gabungan United Kingdom (UK) bersama-sama Ireland sebagai tuan rumah bagi edisi 2028.
Dua gabungan negara ini dipiliha setelah bidaan dibuat oleh lima persatuan bola sepak dari England, Northern Ireland, Scotland, Wales dan Republik Ireland.
Sementara itu, UEFA memilih Itali dan Turki selaku tuan rumah EURO 2032.
Untuk makluman, pada awalnya persatuan bola sepak Turki dan Itali menghantar bidaan secara individu masing-masing.
Namun akhirnya, kedua-duanya berpakat untuk menghantar bidaan secara bersama untuk menganjurkan kejohanan terbabit.
Featured Image: UEFA