Jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia iaitu Wonda Coffee yang menawarkan rasa seperti baru dibru tampil melancarkan rangkaian Wonda Extra Shot dengan rekaan tin unik khas Harimau Malaya edisi terhad menjelang kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023.
Pelancaran semula rangkaian Wonda Extra Shot – minuman kopi dengan kekuatan kopi berganda – bersempena dengan kerjasamanya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memperkasakan peminat dan skuad bola sepak kebangsaan.
Untuk pengetahuan semua, Wonda Extra Shot ditawarkan dalam dua pilihan perisa – Kopi Hitam dan Kopi Susu. Ianya boleh didapatkan oleh para penyokong bola sepak serta peminat kopi di kebanyakan kedai runcit di seluruh negara.
Difahamkan, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Wonda Coffee sebagai rakan jenama untuk mengukuhkan lagi sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan yang bakal bersaing di Piala Asia 2023 Qatar kelak.
Menerusinya, setiap pembelian kopi Wonda Shot Extra ini, Wonda Coffee akan menderma RM1 daripada hasil kutipan untuk menghantar peminat setia ke Piala Asia 2023 bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.
Sebagai rekod, Wonda hadir mengumumkan kerjasama selama tiga tahun bersama FAM pada Jun lalu.
Antara tujuannya adalah untuk memartabatkan bola sepak tempatan. Pada masa yang sama, kerjasama ini turut Iamencerminkan semangat dan komitmen mereka bagi menyatukan sokongan para peminat dan menyemarakkan perjalanan skuad kebangsaan untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.
Wonda dan FAM juga akan mengumumkan pelbagai aktiviti bersama bagi memperkasakan bola sepak tempatan pada masa akan datang. Kerjasama ini juga akan menyaksikan pelbagai rancangan yang melibatkan komuniti bola sepak di Malaysia dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan dan sukan, demi kemajuan dunia bola sepak negara.
Featured Image: Football Association of Malaysia