Perak FC Kekalkan Khidmat Yusri Che Lah Untuk Tahun 2024
October 13, 2023 Hafizuddin Omar

Khidmat jurulatih berusia 47 tahun, Yusri Che Lah akan terus digunakan oleh Perak FC sehingga tahun hadapan.

Perkembangan ini hadir selepas skuad berjulukan The Bos Gaurus yang berpangkalan di utara semenanjung tanah air bertindak melanjutkan kontrak Yusri.

Ianya dikongsikan pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan selepas menjalankan sesi lanjutan kontrak staf kejurulatihannya, semalam.

Lanjutan ini ditandatangani oleh kedua-dua pihak kira-kira selepas empat bulan Yusri mengemudi skuad utama Perak FC menggantikan Datuk Lim Teong Kim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perak Football Club (@perakfcofficial_)

Sepanjang tempoh itu, Yusri berjaya mengemudi Perak FC ke separuh akhir Piala Malaysia disamping menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Meraka akan berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 19 Oktober kelak bagi perlawanan pertama sebelum bertemu sekali lagi untuk perlawanan timbal balik pada 2 November.

Sementara itu, bagi saingan Liga Super, Perak FC yang berada di kedudukan kesebelas akan berhadapan Kelantan FC, Selangor FC, Sabah FC dan Terengganu FC untuk baki saingan musim ini.

Dalam perkongsian yang sama, Perak FC turut melanjutkan kontrak ketua jurulatih bagi skuad bawah 23 tahun (B-23) iaitu Chan Wing Hong dan ketua jurulatih skuad bawah 20 tahun (B-20), Shahril Nizam.

Featured Image: Perak Football Club

Komen