Belanjawan 2024: Selenggara & Naik Taraf Prasarana Sukan Daif – RM50 Juta
October 13, 2023 Hafizuddin Omar

Kemudahan dan prasarana bagi kegunaan belia serta pengguna sukan di Malaysia tidak dikesampingkan oleh Kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2024.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membuat pembentangan tersebut yang bertemakan Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat pada hari ini memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi tujuan itu.

Anwar menjelaskan, peruntukan itu disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.

Untuk pengetahuan semua, Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada kali ini hadir dengan peruntukan berjumlah RM393.8 bilion – tertinggi pernah dibentangkan.

Daripada jumlah terbabit, sebanyak RM303.8 bilion dikhususkan untuk belanja mengurus manakala RM90 bilion pula untuk belanja pembangunan. Sementara itu, RM2 bilion lagi adalah simpanan luar jangka.

Sebagai perbandingan, Bajet 2023 yang dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Aziz pada tahun lalu memperuntukkan sebanyak RM145 juta untuk menyelenggara, naik taraf dan pembinaan kemudahan sukan di seluruh negara.

Komen