Tiada seorang atlet Malaysia yang pernah merangkul pingat emas di Sukan Olimpik sehingga hari ini.
Bagi merealisasikan perkara berkenaan terutamanya pada temasya yang berikutnya yang berlangsung di Paris pada tahun hadapan, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tujuan itu menerusi inisiatif Road To Gold (RTG).
Dimaklumkan, jumlah terbabit adalah sebahagian daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM72 juta bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium.
“RM72 Juta
Memperkukuh ekosistem atlet acara podium. #Belanjawan2024 #EkonomiMADANI”
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 13, 2023
“Tahun hadapan, Kerajaan memperuntukkan RM72 bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium.”
“Ini termasuklah RM20 juta di bawah inisiatif Road To Gold sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.” katanya.
Untuk pengetahuan semua, RTG dibentuk pada Mac lalu dengan objektif menyelaras usaha bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik. Ianya dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Ybhg. Tan Sri (Dr.) Norza Zakaria.
“RM12 Juta
Disediakan kepada Majlis Sukan Negara untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.#Belanjawan2024 #EkonomiMADANI”
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 13, 2023
Pada masa yang sama, Anwar turut mengumumkan penyediaan sejumlah RM12 juta kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk program latihan dan persediaan atlet para ke temasya sukan para antarabangsa.
Peruntukan ini sekaligus diharap memperkasakan ekosistem atlet para.