Pesta Bola Merdeka: Pasukan Ke-102 Dunia Kecundang Di Tangan Malaysia
October 13, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad kebangsaan India yang menghuni ranking ke-102 dunia, India terpaksa akur kecundang di tangan Malaysia pada perlawanan 1 atau separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2023.

India bimbingan Igor Stimac yang pernah beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) tumpas dengan keputusan 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.

Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia mula membuka jaringan seawal minit ke-7 menerusi jaringan voli oleh pertahanan berdarah campuran, Dion Cools. 

Akan tetapi, India tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pemain tengahnya, Mahesh Singh Naorem berhasil menendang masuk bola melepasi Syihan Hazmi pada minit ke-13.

Tiidak lama kemudian, Malaysia pula dikurniakan sepakan penalti oleh pengadil dari Thailand, Mongkolchai Pechhri setelah Darren Lok dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-18. 

Penyerang sayap lincah, Arif Aiman dengan tenang menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-20 untuk memastikan Malaysia kembali mendahului 2-1.

Sebelum menuju ke bilik persalinan semasa rehat separuh masa pertama, pemain bertubuh kecil, Faisal Halim pula menambah satu lagi jaringan buat Malaysia pada minit ke-42 sekaligus menjadikan kedudukan semasa 3-0.

Bersambung babak kedua, India berhasil mengambil kesempatan daripada kealpaan beberapa pemain pertahanan Malaysia yang memberikan kapten, Sunil Chetri mudah menolak masuk bola mewaskan Syihan pada minit ke-51 untuk merapakatkan kedudukan menjadi 3-2. 

Namun begitu, jurang tersebut kembali diluaskan semula oleh Malaysia apabila Corbin Ong berjaya merembat masuk bola hantaran Faisal pada minit ke-62 menjadikan keputusan semasa 4-2.

Biarpun terhasil detik serang-menyerang oleh kedua-dua pasukan selepas daripada jaringan oleh Corbin tersebut, Malaysia mahupun India tidak dapat menembusi gawang lawan masing-masing dan kedudukan tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan.

Hasil daripada kemenangan ini, Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka. Menanti mereka di peringkat tersebut adalah pasukan di ranking ke-110 dunia, Tajikistan yang mara secara automatik selepas Palestin menarik diri. 

Perlawanan merebut gelaran juara bagi kejohanan edisi ke-42 ini dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober (Selasa) di venue yang sama – SNBJ.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen