Pengganti Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) nampaknya telah ditemui.
Badan induk sukan badminton tanah air menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya pada hari ini tampil mengumumkan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Presiden BAM yang seterusnya.
Perkembangan itu hadir setelah Ahli Majlis BAM bermesyuarat pada hari ini sebulat suara bersetuju untuk melantik beliau yang juga merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebagai pengganti Norza.
OFFICIAL: The Council has also unanimously agreed to elect YB Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz as the new President of BAM, replacing Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza. The detailed timeline will be discussed internally and announced at the…
— BAM (@BA_Malaysia) October 14, 2023
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut mengucapkan tahniah kepada Tengku Zafrul atas perlantikan itu dan berharap jalinan kerjasama BAM bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan jawatankuasa Road To Gold (RTG) dapat diteruskan sepertimana sebelum ini.
“Saya berharap pimpinan baharu akan bekerjasama dengan jawatankuasa Road To Gold untuk tengok bagaimana prestasi pemain badminton kita boleh dipertingkatkan lagi untuk menghadapi (Sukan) Olimpik Paris 2024 nanti,”
“Saya percaya BAM akan mempunyai perancangan baru dengan adanya pimpinan baru dan saya berharap mereka boleh bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara dan juga jawatankuasa RTG,” katanya ketika ditemui para pengamal media di Majlis Penyerahan Hadiah Kemenangan Huawei Malaysia Kepada Pemenang Pingat Sukan Asia Hangzhou 2022.
Untuk makluman semua, pada Ogos lalu, Norza membuat pengumuman yang mengejutkan untuk meletakkan melepaskan kerusi No.1 BAM pada penghujung tahun ini.
Pada awalnya, Norza berkongsikan hasratnya untuk melepaskan jawatan Presiden BAM itu selepas selesainya temasya Sukan Olimpik 2024 Paris kelak.
Bagaimanapun, permulaan tugas Tengku Zafrul selaku Presiden BAM akan dibincangkan dan diumumkan selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM pada Disember nanti.
Featured Image: @tzafrul_aziz