Artikel

Kontinjen Malaysia Sasar 35 Pingat Tanpa Sebarang Warna Di Sukan Para Asia 2022

Sebanyak 35 butir pingat menjadi buruan oleh Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Para Asia 2022 yang berlangsung di Hangzhou, China bermula 22 hingga 28 Oktober nanti.

Bagaimanapun, seperti mana sasaran yang diletakkan buat kontinjen negara di temasya Sukan Asia 2022, sasaran buat kontinjen negara di Sukan Para Asia 2022 turut sama tidak mengkhusukan sebarang warna samada emas, perak atau gangsa.

Pengumuman mengenai sasaran tersebut diumumkan oleh Persiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dato’ Sri Megat D. Shahriman dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, Kontinjen Malaysia pada kali ini dibarisi seramai 176 atlet dan pegawai sokongan yang dipersiapkan oleh Majlis Sukan Negara  (MSN) dengan kolaborasi bersama MPM, persatuan-persatuan sukan para kebangsaan serta sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Di temasya itu nanti, Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 14 dari 22 acara sukan yang dipertandingkan seperti olahraga, memanah, badminton, boccia, powerlifting, renang, menembak, bola sepak buta, ping pong, basikal, boling padang, lawan pedang kerusi roda, bola jaring kerusi roda dan tenis kerusi roda.

komen