Ronaldo Muncul Pemain Bola Sepak Bergaji Paling Tinggi 2023 Menurut Forbes
October 17, 2023 Hafizuddin Omar

Penyerang yang telah tampil sebanyak 203 kali bersama skuad senior kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo muncul sebagai pemain bola sepak yang menerima gaji paling tinggi di dunia bagi tahun 2023.

Pemain berusia 38 tahun memegang gelaran berkenaan berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan majalah bisnes berpangkalan di Amerika Syarikat, Forbes menerusi artikel The World’s Highest Paid Soccer Players 2023, baru-baru ini.

Menerusi senarai terbabit, Ronaldo yang kini beraksi dalam kancah bola sepak Arab Saudi bersama Al Nassr dilaporkan menerima gaji berjumlah AS$260 juta atau bersamaan sekitar RM1.23 billion dimana AS$200 juta menerusi gaji menerusi aksinya dalam padang manakala AS$60 juta adalah melalui pendapatan daripada luar padang.

Sementara itu, mengikutinya di tempat kedua dalam senarai terbabit adalah pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali klahiran Argentina iaitu Lionel Messi.

Penyerang prolifik yang kini beraksi bersama Inter Miami di Amerika Syarikat dikhabarkan menerima gaji sebanyak AS$135 juta atau bersamaan sekitar RM639 juta setahun menerusi AS$65 juta pendapatan dalam padang dan AS$70 melalui pendapatan dari luar padang.

Di tempat ketiga pula adalah pemain yang turut sama berpangkalan di Arab Saudi namun bersama kelab yang berbeza daripada Ronaldo iaitu Neymar Jr. bersama Al Hilal. Penyerang sayap berusia 31 tahun ini menerima AS$112 juta atau bersamaan RM530 juta secara keseluruhan.

Lapan lagi pemain bola sepak yang tersenarai dalam ‘The World Highest-Paid Soccer Players 2023’ adalah seperti berikut:

#4 Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) – AS$110 juta

#5 Karim Benzema (Al Ittihad) – AS$106 juta

#6 Erling Haaland (Manchester City) – AS$58 juta

#7 Mohamed Salah (Liverpool) – AS$53 juta

#8 Sadio Mane (Al Nassr) – AS$52 juta

#9 Kevin De Bruyne (Manchester City) – AS$39 juta

#10 Harry Kane (Bayern Munich) – AS$36 juta

#11 Robert Lewandowski (FC Barcelona) – AS$34 juta

Sebagai tambahan, Forbes menyenaraikan pemain-pemain bola sepak berdasarkan campuran pendapatan dalam padang bagi musim 2023-24 yang merangkumi gaji asas, bonus dan bagi sesetengah kelab melibatkan perjanjian hak imej kelab serta pendapatan yang pelbagai dari luar padang termasuk bisnes-bisnes dijalankan oleh pemain itu sendiri.

Featured Image: Seleções de Portugal

Komen