Harimau Malaya Terlucut Kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2023
Hafiz Omar
Pasukan bola sepak kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2023.
Ini gara-gara skuad berjulukan Harimau Malaya terpaksa akur tumpas di tangan Tajikistan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Harimau Malaya tumpas dengan keputusan 0-2 hasil jaringan Rustam Soirov dan Shahrom Samiev di penghujung babak pertama dan kedua masing-masing.
Keputusan Masa Penuh
🏆 Final Pestabola Merdeka 2023 | Selasa, 17 Oktober 2023
MALAYSIA 🇲🇾 0-2 🇹🇯 TAJIKISTAN
⚽️ Rustam Soirov 44′ Shahrom Samiev 88′ #FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/Iiqsen8yy8
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 17, 2023
Kemenangan ini sekaligus membolehkan Tajikistan bimbingan ketua jurulatih dari Croatia, Petar Segrt muncul juara edisi ke-42 Pesta Bola Merdeka.
Pada masa yang sama, keputusan pada hari ini menjadikan Tajikistan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua pertemuan menentang Malaysia di pentas antarabangsa.
Sebagai rekod, tahun lalu, Tajikistan turut sama meraih kejuaraan dan menjulang trofi King’s Cup selepas menumpaskan Malaysia menerusi sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan dalam tempoh permainan sebenar.
Featured Image: PFA Malaysia