Dua beregu campuran negara terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka Denmark 2023 setelah tumpas seawal di peringkat pusingan 32, semalam.
Gandingan beregu campuran pertama yang terpaksa akur tersingkir awal daripada saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ialah Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang tumpas di tangan Robin Tabeling dan Selena Piek.
Pasangan Belanda yang menghuni ranking ke-15 dunia ini berjaya mengatasi Kian Meng-Pei Jing dalam pertemuan sulung mereka di kejohanan antarabangsa secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-10 dalam tempoh sekitar setengah jam.
RESULTS: #DenmarkOpen2023
R32#NED🇳🇱 Robin Tabeling-Selena Piek def. #MAS🇲🇾 Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-16 21-10
📷 @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/DU0TJkXu8S
— BAM (@BA_Malaysia) October 17, 2023
Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka mara ke pusingan 16 bertemu pilihan keenam kejohanan dari Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran negara yang mengikuti jejak langkah yang sama terkandas seawal pusingan 32 ialah Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.
Beregu campuran No.2 negara ini mengalami kekalahan di tangan gandingan No.1 Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 19-21, 22-20 dan 21-17 dalam tempoh masa hampir satu jam pertarungan.
RESULTS: #DenmarkOpen2023
R32#TPE Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin def. #MAS🇲🇾 Goh Soon Huat-Shevon Lai 19-21 22-20 21-17
📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/oqk9uvB2Wj
— BAM (@BA_Malaysia) October 17, 2023
Kemenangan oleh Hong Wei-Chia Hsin pada kali ini membolehkan mereka membalas dendam terhadap kekalahan pada perlawanan julung kalinya bertemu Soon Huat-Shevon di Kejohanan Badminton Asia 2023 pada April lalu.
Ketika itu, Soon Huat-Shevon berhasil menumpaskan lawan yang sama menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 15-21, 22-20 dan 21-15.
Hasil daripada kemenangan ini, pasangan Chinese Taipei yang berada di ranking ke-14 dunia ini dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16. Menanti mereka di peringkat tersebut adalah pasangan No.2 dunia dari Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino.
Sebagai tambahan, beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan memulakan kempen Terbuka Denmark mereka pada hari ini menentang gandingan Denmark yang menghuni ranking ke-23 dunia, Mathias Thyrri dan Amalie Magelund.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023