Terbuka Denmark: Guang Zu Balas Dendam, Singkir Tze Yong Di Pusingan 32
October 18, 2023 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki China yang menghuni ranking ke-12 dunia, Lu Guang Zu berjaya membalas dendam terhadap Ng Tze Yong atas kekalahannya di Terbuka Arctic pada minggu dengan merakamkan kemenangan pada Pusingan 32 di Terbuka Denmark, hari ini.

Dalam perlawanan tersebut, Guang Zu berhasil melakar kemenangan yang bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-11 dalam tempoh 43 minit permainan sekaligus menyingkirkan Tze Yong daripada kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ini.

Pada minggu lalu, Tze Yong yang kini berada di ranking ke-17 dunia berhasil mengejutkan Guang Zu dengan melakar kemenangan secara “straight set” 21-11 dan 21-18 pada peringkat suku akhir Terbuka Arctic.

Sementara itu, kedua-dua pemain pernah bertemu sebanyak dua kali pada tahun lalu dalam saingan Terbuka Australia dan Terbuka Malaysia dimana Guang Zu melakar kemenangan secara berturut-turut ke atas Tze Yong.

Sementara itu, hasik kemenangan pada hari membolehkannya Guang Zu mara ke pusingan 16 Terbuka Denmark. 

Menantinya di peringkat berkenaan adalah perseorangan No.1 Indonesia merangkap pilihan kedua kejohanan, Anthony Sinisuka Ginting untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, Ginting berhasil mencipta kemaraan ke pusingan 16  selepas menundukkan pemain Perancis, Christo Popov secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-15.

Featured Image: Thailand Open

Komen