Gandingan beregu lelaki, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang baru sahaja menghuni kelompok 20 pasangan terbaik dunia pada minggu ini terpaksa akur tersingkir awal daripada kejohanan Terbuka Denmark 2023.
Ini gara-gara Wei Chong-Kai Wun tumpas di tangan beregu Jepun yang berada di ranking ke-17 dunia, Akira Koga dan Taichi Saito pada pusingan 32, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Wei Chong-Kai Wun tumpas secara “straight set” menerusi skor 18-21 dan 16-21 dalam tempoh masa 43 minit permainan dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ini.
Denmark Open 2023 presented by VICTOR
MD – R32
🇯🇵Akira KOGA🏅
21 21 🇯🇵Taichi SAITO🏅
🇲🇾MAN Wei Chong
18 16 🇲🇾Kai Wun TEE🕚 in 43 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2023
Untuk makluman, ini merupakan pertemuan julung kalinya melibatkan gandingan Wei Chong-Kai Wun dan Koga-Saito di kejohanan antarabangsa.
Hasil daripada kemenangan ini, Koga-Saito dapat meneruskan langkah ke pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut adalah beregu lelaki No.2 negara iaitu Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Terdahulu, gandingan Yew Sin-Ee Yi dapat melakar kemaraan ke pusingan 16 secara automatik apabila beregu No.1 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirah Shetty menarik diri daripada kejohanan ini.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters