Atlet pelayaran yang memenangi pingat emas menerusi acara Women’s Single Dinghy – ILCA6, Nur Shazrin Mohamad Latif di temasya Sukan Asia 2022 menerima insentif wang tunai sebanyak RM10,000 daripada kerajaan negeri Pahang.
Insentif terbabit disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada atlet berusia 25 tahun yang berasal dari Kampung Mambang, Pekan sebelum bermulanya Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
View this post on Instagram
“Semoga dengan kejayaan dan sumbangan ini menjadi pencetus semangat buat Nur Shazrin untuk meneruskan kejayaan yang cemerlang terutamanya pada sukan Olimpik yang akan datang sekaligus menjadi contoh kepada anak-anak muda di negeri Pahang dan negara untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.” katanya menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya.
Hasil daripada kejayaannya memenangi kilauan pingat emas terbabit, Shazrin turut melayakkan dirinya ke temasya Sukan Olimpik buat kali ketiga di Paris pada tahun hadapan. Sebelum ini, Shazrin sudah pernah beraksi di temasya berkenaan pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Turut sama dalam majlis penyampian insentif berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB Fadzli Mohamad Kamal.
Featured Image: Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail