SSI Bakal Beralih Kepada Padang Jenis Hybrid?
October 19, 2023 Hafizuddin Omar

Juara Liga Super sebanyak sepuluh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan akan memasang dan menggunakan padang jenis hybrid di kesemua fasiliti miliknya.

Padang jenis hybrid ini merupakan kombinasi antara rumput tiruan dan rumput asli. Ianya merupakan tekonologi moden yang telah digunakan di banyak negara-negara luar.

Difahamkan, tampil dengan keputusan terbabit selepas melihat perkembangan pemasangan kombinasi rumput berkenaan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Untuk pengetahuan semua, JDT memulakan pemasangan padang jenis tersebut di situ pada awal Ogos lalu.

“Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua fasiliti milik JDT.” tulis kenyataan kelab.

Dalam kenyataan oleh pihak kelab sebelum ini, padang jenis hyrid ini akan turut dipasang di stadium utamanya yang mampu memuatkan sekitar 40,000 penonton iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Untuk makluman, pada ketika ini, padang di SSI menggunakan padang dengan rumput asli sepenuhnya berjenis zeon zoysia.

Namun begitu, sebahagian padang khususnya di bahagian tepi yang sering digunakan oleh para pemain simpanan untuk memanaskan badan sebelum dimasukkan selaku pemain gantian telah menggunakan rumput jenis hybrid sebegini.

Featured Image: Facebook JOHOR Southern Tigers

Komen