Beregu lelaki No.4 tanah air, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya menjejaki pentas akhir kejohanan badminton bertaraf Super 100 buat kali kedua sejak bergandingan semula bermula sekitar Mei lalu.
Jejak itu terhasil setelah apabila Sze Fei-Izzuddin melakar kemenangan ke atas gandingan Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada peringkat separuh akhir Abu Dhabi Masters 2023, sebentar tadi.
Dalam pertarungan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini di kejohanan antarabangsa, Sze Fei-Izzuddin mencatatkan kemenangan ke atas pasangan yang menghuni ranking ke-49 dunia terbabit secara “straight set” menerusi skor 23-21 dan 21-12 dalam tempoh 38 minit permainan.
RESULTS: #AbuDhabiMasters2023
SF #MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani(1) def. #DEN🇩🇰 Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard(8) 23-21 21-12
📷 @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/n079z21EYL
— BAM (@BA_Malaysia) October 21, 2023
Hasil daripada kemenangan ini, Sze Fei-Izzuddin yang juga diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung esok.
Pada perlawanan itu, Sze Fei-Izzuddin akan membuat perhitungan dengan beregu Thailand yang menduduki ranking ke-45 dunia, Pharanyu Kaosamaang dan Worrapol Thongsa-nga untuk merebut gelaran juara.
Pasangan yang muncul juara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai AS$9,480 atau bersamaan sekitar RM45,195.90 serta pungutan mata 5,500 mata untuk pengiraan pelbagai ranking semasa.
Featured Image: Swiss Open