Perseorangan lelaki negara yang berusia 23 tahun, Aidil Sholeh berjaya merangkul kejuaraan antarabangsa yang pertamanya dalam karier selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023.
Gelaran juara tersebut menjadi milik pemain yang menghuni ranking ke-106 dunia ini setelah melakar kemenangan ke atas pemain Jepun berusia 27 tahun, Keita Makino dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.
Dalam pertarungan itu, Aidil mencatatkan kemenangan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-6 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan dalam pertemuan pertama melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.
RESULTS: #XPORAIndonesiaIC2023
FINAL#MAS🇲🇾 Aidil Sholeh(7) def. #JPN Keita Makino 21-14 21-6
* Aidil sealed his career first international title! Congrats, bro 💪🏼 Here’s to more in the future!
Fun Fact: Aidil becomes the first Malaysian men’s singles to win the… pic.twitter.com/nTVDiHUOZf
— BAM (@BA_Malaysia) October 22, 2023
Hasil daripada kemenangan ini, Aidil meraih ganjaran berupa wang tunai yang bernilai AS$2,000 atau bersamaan sekitar RM9,535 serta memungut 4,000 mata bagi pengiraan pelbagai ranking semasa.
Untuk makluman, Aidil yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh memulakan kempen Cabaran Antarabangsa Indonesia di pusingan 64 dengan menyingkirkan Muhammad Reza Al Fajri (Indonesia) diikuti Choi Ji-hoo (Korea) pada pusingan 32.
Kemudiannya, Aidil menyingkirkan Ryoma(Muramoto (Jepun) pada pusingan 16 sebelum meneruskan rentak kemenangannya ke atas Yohanes Saut Marcellyno (Indonesia) pada peringkat suku akhir.
Sebelum menjejakkan kaki ke perlawanan akhir, Aidil berjaya menumbangkan seorang lagi pemain tuan rumah iaitu Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay pada peringkat separuh akhir yang menghuni ranking ke-114 dunia – tidak jauh darinya.
Sebagai tambahan, Aidil dijangka kekal di bumi Indonesia untuk tempoh seminggu lagi bagi beraksi dalam satu lagi kejohanan di republik berkenaan – Indonesia Masters II yang merupakan Jelajah BWF yang bertaraf Super 100.
Featured Image: Facebook Badminton Indonesia