Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya membuahkan gelaran juara dalam saingan Jelajah Dunia BWF sejak bergandingan bermula penghujung 2017.
Gelaran juara itu dituai Aaron-Wooi Yik yang kini berada di ranking keempat dunia selepas berjaya melakar kemenangan dalam perlawanan akhir bagi kejohanan Terbuka Denmark 2023 – Jelajah Dunia BWF Super 750, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik beraksi cemerlang untuk menumpaskan gandingan Indonesia yang berada di ranking ke-14 dunia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.
Denmark Open 2023 presented by VICTOR
MD – Final
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI
13 17 🇮🇩Bagas MAULANA🕚 in 33 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 22, 2023
Kemenangan ini turut memastikan Aaron-Wooi Yik mengekalkan rekod kemenangan bersih ke atas Shohibul-Bagas dalam keempat-empat pertemuan di pentas antarabangsa.
Sementara itu, hasil daripada kemenangan yang diraih di kejohanan ini, Aaron-Wooi Yik turut meraih ganjaran wang tunai yang bernilai AS$62,900 atau bersamaan hampir sekitar RM300,000 serta pungutan mata sebanyak 11,000.
Untuk makluman, Aaron-Wooi Yik telah terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara dalam lima kejohanan Jelajah Dunia sebelum merangkul kemenangan pada hari ini.
Antara kejohanan yang menyaksikan Aaron-Wooi Yik terlepas peluang tersebut adalah di Terbuka China 2023, Terbuka Indonesia 2023, Terbuka India 2023, Terbuka Thailand 2021 dan All England 2019.
RESULTS: #DenmarkOpen2023
FINAL#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) def. #INA🇮🇩 Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-13 21-17
🏆 CHAMPIONS! ChiaSoh takes home the gold! After coming close in three major tournaments this year (India, Indonesia, and China Opens), our No. 1… pic.twitter.com/9AT3i8WvsK
— BAM (@BA_Malaysia) October 22, 2023
Featured Image: Badminton Association of Malaysia