Gandingan beregu campuran, Choong Hon Jian dan Go Pei Kee berhasil membutirkan pingat perak pertama di pentas antarabangsa selepas muncul naib juara di Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023.
Gandingan pemain berusia 23 dan 21 tahun masing-masing ini terlepas peluang untuk bergelar juara apabila terpaksa akur tumpas di tangan beregu Jepun yang menghuni ranking ke-56 dunia, Hiroki Nishi dan Akari Sato, semalam.
Pertarungan sengit yang berlanjutan sehingga satu dan 2 minit permainan itu berkesudahan dengan Hon Jian-Pei Kee tumpas menerusi skor 20-22, 21-18 dan 14-21.
RESULTS: #XPORAIndonesiaIC2023
FINAL#JPN Hiroki Nishi-Akari Sato(2) def. #MAS🇲🇾 Choong Hon Jian-Go Pei Kee(1) 22-20 18-21 21-14
In their first ever international title appearance, Hon Jian-Pei Kee finished their campaign as runners-up. Well done, keep on improving… pic.twitter.com/4GwWxIVcdi
— BAM (@BA_Malaysia) October 22, 2023
Pada masa yang sama, kekalahan ini menjadikan Hon Jia-Pei Kee telah tewas di tangan lawan yang sama sebanyak dua kali daripada tiga pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Sementara itu, kekalahan ini tidak membuatkan Hon Jian-Pei Kee pulang dengan tangan kosong.
Selaku naib juara, gandingan yang berada di ranking ke-76 dunia ini meraih hadiah wang tunai bernilai AS$1,200 atau bersamaan sekitar RM5,700 serta memungut sebanyak 3,400 mata.
Featured Image: Facebook Badminton Indonesia