Tan Cheong Min Tuai Pingat Emas Di Sukan Tempur Dunia 2023
October 23, 2023 Hafizuddin Omar

Atlet wushu negara, Tan Cheong Min yang masih segar dengan pencapaian merangkul pingat perak di temasya Sukan Asia 2022 berjaya menuai pingat emas di Sukan Tempur Dunia 2023 (World Combat Games 2023) yang berlangsung di Arab Saudi.

Atlet berusia 26 tahun ini membawa pulang kilauan tersebut selepas mengungguli disipilin Nanquan & Nandao Wanita pada peringkat akhir, Sabtu lalu dengan kutipan 19.486 mata sepertimana dikongsikan oleh laman sesawang rasmi temasya.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik atlet Uzebekistan, Latisheva Darya setelah mengutip 19.292 mata manakala pingat gangsa dibawa pulang atlet Iran, Rajabi Hanieh hasil memungut 18.950 mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official)

Pada masa yang sama, Pang Pui Yee yang beraksi dalam disiplin Taolu Jianshu & Qiangshu Wanita peringkat akhir berhasil mengutip pingat gangsa setelah mengumpul 19.392 mata.

Li Yi dari Macau mengungguli disipilin berkenaan apabila diberikan 19.479 mata sekaligus membawa pulang pingat emas. Manakala atlet Iran, Zahra Kiani pula meraih pingat perak hasil mengumpul 19.396 mata.

Seorang lagi atlet wushu negara, Tan Zhi Yan yang mengambil bahagian dalam disiplin Taolu Taijiquan & Taijijian terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kelima setelah memungut 19.153 mata.

Featured Image: Facebook World Combat Games

Komen