Piala MFL: Skuad Kendalian Hai-O Sahkan Tempat Ke Perlawanan Akhir
October 24, 2023 Hafizuddin Omar

Terengganu FC II yang dibimbing oleh bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar atau lebih mesra dengan panggilan Hai-O berjaya mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir edisi sulung liga simpanan bawah 23 tahun (B-23) iaitu Piala MFL 2023.

Pasukan berpangkalan di pantai timur ini mengesahkan tempat tersebut selepas melakar kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC B dengan keputusan 2-1 di pada aksi keenam Liga Juara, petang semalam.

Dalam perlawanan tersebut, jaringan daripada Muslihuddin Atiq dan Rizuan Muda pada minit ke-39 dan ke-61 masing-masing berjaya memadamkan penyamaan oleh pemain import, Ebenezer Assifuah menerusi sepakan penalti pada minit ke-51.

Kemenangan tersebut membolehkan Terengganu FC II mengumpul 16 mata daripada tujuh perlawanan sekaligus mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Piala MFL biarpun mempunyai baki satu lagi perlawanan.

Untuk pengetahuan semua, 16 mata yang dikumpul Terengganu FC II itu hasil daripada lima kemenangan dan satu seri – tanpa sebarang rekod kekalahan.

Sementara itu, lawan bagi Terengganu FC II sedang direbut hebat sekurang-kurangnya oleh tiga buah kelab antara Johor Darul Ta’zim II, Sri Pahang dan PDRM FC yang kini memiliki 10, 10 dan 8 mata masing-masing.

Untuk makluman semua, juara bagi saingan Piala MFL akan meraih ganjaran wang tunai bernilai RM500,000 manakala naib juara pula akan membawa pulang separuh daripada nilai tersebut – RM250,000.

Featured Image: Facebook Terengganu FC II

Komen