Jonah Chang Pecah Rekod Kebangsaan Di Kejohanan Balingan Asia 2023
October 25, 2023 Hafizuddin Omar

Kejohanan Balingan Asia 2023 (Asian Throwing Championship 2023) di Mokpo, Republik Korea menyaksikan atlet muda negara, Jonah Chang Anak Rigan muncul pemegang rekod kebangsaan yang baharu setelah melakukan lontaran sejauh 17.67 meter (m) dalam acara berkenaan.

Atlet berusia 20 tahun kelahiran Sarawak merekodkan lontaran itu pada percubaan terakhirnya sekaligus memadamkan rekod kebangsaan lalu yang bertahan selama 12 tahun – berjarak 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin semasa beraksi di Sukan SEA 2011 Palembang, Indonesia.

Bertambah menarik, Jonah memecahkan rekod kebangsaan sebanyak dua kali semasa beraksi di acara berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jonah Chang (@jonahthrower)

Ketika melakukan percubaan pertamanya, Jonah telah merekodkan lontaran sejauh 17.64m – telah melebihi 0.10m berbanding rekod yang dipegang oleh Adi Aliffuddin.

Bagaimanapun, rekod balingan sejauh 17.67m itu tidak menyumbangkan sebarang kilauan pingat buat Jonah dan terpaksa akur menamatkan acara ini di tempat kelima.

Sementara itu, pingat emas bagi acara ini dirangkul oleh atlet China, Zhang Haochen dengan merekodkan lontaran terbaiknya sejauh 19.21m. 

Manakala atlet Jepun, Jason Atuobeng (18.56m) dan Kazakhstan, Ivan Ivanov pula membawa pulang pingat perak dan gangsa masing-masing.

Featured Image: Instagram @jonahthrower

Komen