Bagi mempromosikan lagi sukan badminton dan menggalakkan penyertaan terutamanya dalam kalangan belia Malaysia, penaja utama KL Masters Malaysia, Bergamot tampil mengumumkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ tiket bagi kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula dari 31 Oktober hingga 5 November berkenaan.
Menerusi makluman penganjur, Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA), promosi khas tersebut ditawarkan buat para peminat badminton bermula 24 hingga 30 Oktober untuk semua kategori tempat duduk kecuali kategori Premium pada hari perlawanan akhir (5 November).
Dimaklumkan setiap satu ‘bundle’ terdiri daripada 2 keping tiket dan hanya 3 ‘bundle’ sahaja boleh dibeli bagi setiap transaksi.
Untuk makluman semua, terdapat dua kategori tiket bagi menyaksikan kejohanan Jelajah BWF bertaraf Super 100 iaitu Gold dan Premium dimana harganya bermula RM40 dan RM75 masing-masing bagi hari pertama dan kedua.
Harga tiket bagi hari-hari yang seterusnya adalah seperti berikut:
Sila teliti nombor tempat duduk yang ditetapkan sebelum membuat pembelian kerana kesemua tempat duduk adalah bernombor. Pada masa yang sama, penganjur turut mengingatkan kemasukan kanak-kanak berusia empat tahun dan ke atas turut memerlukan tiket.
Sebagai tambahan, harga yang dinyatakan tidak termasuk yuran tempahan (booking fee) sebanyak RM4 serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.
Untuk makluman, kesemua tiket dijual secara atas talian (online) dan dikeluarkan secara elektronik sahaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkan promosi ini, anda boleh membelinya dengan mengunjungi laman sesawang https://my.bookmyshow.com/e/MASTERSM,
Berdasarkan ‘M & Q Report’ setakat 10 Oktober, kejohanan ini akan disertai beberapa pemain ternama tempatan seperti Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Letshanaa Karupathevan, Nur Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, Mohd Azriyn-Tan Wee Kiong, Go Pei Kee-Lee Yeen Yuan, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, Choong Hon Jian-Go Pei Kee dan ramai lagi.