Sukan Para Asia: Bonnie Rangkul Emas, Pecah Rekod Temasya
October 25, 2023 Hafizuddin Omar

Bonnie Bunyau Gustin bukan sahaja menepati ramalan ramai untuk meraih pingat emas dalam acara powerlifting kategori lelaki 72 kilogram (kg) bahkan turut memecahkan rekod temasya di Sukan Para Asia 2022.

Ketika beraksi dalam acara ini sekitar tengah hari tadi, atlet berusia 24 tahun kelahiran Sarawak ini berjaya mengangkat beban seberat 230kg pada percubaan ketiganya.

Angkatan itu sekaligus memecahkan rekod lama temasya iaitu seberat 229kg yang dipegang oleh atlet Iran, Roohallah Rostami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official)

Bonnie cuba untuk memecahkan rekod terbaik peribadinya merangkap rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 232kg pada percubaan keempat.

Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal dan Bonnie tidak dapat memperbaharui rekod peribadinya.

Sementara itu, pingat perak pula dibawa pulang oleh atlet tuan rumah, Hu Peng dengan angkatan terbaiknya seberat 208kg.

Manakala pingat gangsa pula dipungut oleh Jamilov Bekzod dari Uzbekistan dengan angkatan terbaiknya seberat 204kg.

Featured Image: Paralympic Council Malaysia

Komen