Atlet olahraga para negara, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi mencipta kejutan apabila lariannya dalam acara 400 meter (m) kategori lelaki T20 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia 2022.
Lariannya itu bukan sahaja membutirkan pingat emas bahkan turut memperbaharui tiga jenis rekod.
Pelari muda berusia 21 tahun itu muncul yang pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Olimpik Huanglong, semalam.
Ia disusuli oleh pelari Indonesia, Alfin Nomleni dan pelari Iran, Milad Ramazani Torkamani di tempat kedua dan ketiga sekaligus membawa pulang pingat perak dan gangsa masing-masing.
View this post on Instagram
Ammar kelahiran Pontian, Johor menyudahkan larian tersebut dalam tempoh masa 47.60 saat (s) sekaligus memperbaharui rekod peribadinya, rekod temasya serta rekod bagi benua asia.
Untuk makluman, rekod peribadi terbaiknya sebelum ini adalah 48.42s diciptanya semasa beraksi di Sukan Para ASEAN 2023, Jun lalu.
Sementara itu, catatan masa bagi rekod temasya terdahulu pula adalah 49.32s yang dihasilkan oleh pelari Malaysia, Nasharudin Mohd.
Manakala rekod terdahulu benua asia pula dilakukan oleh pelari Iran yang merangkul pingat gangsa pada kali ini, Milad Ramazani dengan catatan masa 50.43s.
Featured Image: Paralympic Council Malaysia