Ranking FIFA: Malaysia Muncul Pasukan No.3 ASEAN
October 26, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya kini muncul sebagai pasukan No.3 di rantau asia tenggara (ASEAN).

Kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini memperlihatkan skuad bimbingan Kim Pan-gon mencatatkan penurunan sebanyak tiga anak tangga.

Penurunan itu meletakkan Malaysia di tangga ke-137 dunia hasil mengumpul 1096.72 mata.

Namun begitu, Filipina yang dua anak tangga di atas Malaysia sebelum ini merekodkan penurunan mendadak enam tangga sekaligus menolaknya ke tangga ke-138 dunia dengan mengumpul 1096.72 mata pada saat ini.

Sementara itu, Vietnam masih unggul selaku pasukan No.1 rantau ASEAN dengan menghuni tangga ke-94 dunia – meningkat dua anak tangga berbanding kemaskini lalu.

Ia diikuti Thailand atau nama timangannya, skuad Gajah Perang di tangga ke-112 dunia – kekal tidak berganjak seperti kemaskini lalu.

Untuk makluman, kemaskini ranking dunia oleh FIFA yang berikutnya dijadualkan pada 30 November kelak.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen