Sukan Para Asia: Cheah Liek Hou Bawa Pulang Pingat Perak
October 27, 2023 Hafizuddin Omar

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou terlepas peluang untuk merangkul pingat emas dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal) dalam temasya Sukan Para Asia 2023 yang berlangsung di Hangzhou, China.

Atlet berusia 35 tahun ini terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak selepas tumpas kepada seteru utamanya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Binjiang, hari ini.

Dalam pertarungan tersebut, Liek Hou tumpas kepada pemain berusia 24 tahun tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 19-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 72 minit permainan.

Sebagai rekod, pada temasya edisi lalu yang berlangsung pada tahun 2108 di Jakarta-Palembang, Indonesia, Liek Hou sekadar membawa pulang pingat gangsa. 

Manakala pingat emas pula dimenangi oleh Dheva sambil seorang lagi pemain Indonesia, Suryo Nugroho mengutip pingat perak.

Namun begitu, Liek Hou berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Para Asia edisi 2010 dan 2014.

Featured Image: Cheah Liek Hou 謝儮好 

Komen