Atlet-atlet yang berjaya menyumbangkan pingat emas, perak serta gangsa di Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China baru-baru ini dihadiahkan dengan jam tangan pintar, Huawei Watch GT4.
Hadiah tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Medal Sukan Para Asia 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.
Pada temasya kali keempat tersebut, Kontinjen Malaysia yang diketuai oleh K M Rajendran berjaya melepasi sasaran 35 butir pingat yang ditetapkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dato’ Sri Megat D. Shahriman.
Kontinjen Malaysia berhasil membutirkan tujuh pingat emas menerusi Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang), Nur Suraiya-Farina Shawati (berbasikal), Muhammad Ziyad Zolkefli (olahraga), Datuk Abdul Latif Romly (olahraga), Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (olahraga) dan Noor Askuzaimey Mat Salim (boccia).
Sementara itu, kontinjen negara turut memungut 15 butir pingat perak serta mengutip 17 pingat gangsa sekaligus menjadikan 39 pingat secara keseluruhan dibawa pulang.
Untuk makluman semua, hadiah jam tangan pintar ini diberikan oleh Huawei Technologies (Malaysia) selaku penaja peranti pemenang pingat bagi Sukan Asia dan Sukan Para Asia pada 11 September lalu.