Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) tidak menanggung sebarang sebarang kos penamaan bagi stadium milik Queen Park Rangers (QPR) yang kini dikenali sebagai MATRADE Loftus Road Stadium.
Sebaliknya, kos penuh penamaan yang berlangsung selama tiga tahun yang dinilai pada harga £1.2 juta atau hampir RM7 juta itu diserap sepenuhnya oleh pemilik bersama (co-owner) QPR iaitu Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah MATRADE.
Difahamkan ianya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Ruben.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi laman sosialnya yang memetik siaran media oleh MATRADE.
As Malaysia’s trade promotional agency, the naming rights partnership is a significant move to elevate MATRADE’s profile and visibility in Europe, especially in the UK. pic.twitter.com/0xx15P4NYf
— MATRADE (@matrade) October 30, 2023
Untuk makluman semua, MATRADE merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang berperanan atau bertanggungjawab untuk mempromosikan produk atau servis dari Malaysia untuk dieksport ke luar negara.
MATRADE melihat perjanjian hak penamaan stadium terbabit menjadi platform yang bernilai untuk meningkatkan profil dan keterlihatannya yang ketara di United Kingdom (UK).
Perkara ini juga akan digunakan oleh MATRADE untuk meningkatkan profil Malaysia selaku negara perdagangan terbuka serta mengembangkan lagi dagangan terutamanya ketika perlawanan bola sepak disiarkan secara langsung dan berlangsung di stadium berkapasiti sekitar 18,000 tempat duduk terbabit.
Pada masa yang sama, Zafrul turut menambah bahawa UK merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia. Sementara itu, perdagangan antara Malaysia dan UK pada ketika ini berjumlah RM17.58 bilion atau sekitar £3.24 bilion. Ianya dijangka akan berkembang dengan penyertaan UK dalam Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Tahniah Dato’ Seri @reezal_merican dan @matrade di atas kerjasama bersama Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) untuk hak penamaan Stadium MATRADE Loftus Road di London, United Kingdom.
UK adalah ekonomi keenam terbesar di dunia. Perdagangan antara Malaysia dan UK yang…
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) October 28, 2023