Artikel

Presiden FIFA Umum Arab Saudi Anjur Piala Dunia 2034

Gianni Infantino yang merupakan Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyatakan bahawa kejohanan Piala Dunia 2034 kelak akan dianjurkan oleh Arab Saudi.

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran di laman sosial, Instagram miliknya awal pagi tadi waktu Malaysia.

Sementara itu, FIFA menerusi kenyataan rasminya menyatakan hanya menerima bidaan tunggal daripada Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) bagi menganjurkan Piala Dunia edisi 2034 berkenaan.

Selepas daripada ini, proses penilaian secara menyeluruh berdasarkan Peraturan Bidaan yang diluluskan dalam Majlis FIFA akan dilakukan bersama pembida termasuk yang akan menganjurkan Piala Dunia 2023 – Maghribi, Portugal, Sepanyol, Uruguay, Argentina dan Paraguay.

Mengikut peraturan tersebut, pihak FIFA akan melakukan dialog bersasar bersama para pembida bagi memastikan bidaan yang lengkap dan komprehensif akan diterima dan dinilai bersandarkan keperluan-keperluan minimum penganjuran seperti diluluskan oleh Majlis FIFA.

Pada masa yang sama, Presiden SAFF,  Yasser Al Misehal berasa rendah hati dengan sokongan besar daripada lebih 125 Ahli Persatuan FIFA dari seluruh dunia sejak mereka menghantar bidaan tersebut beberapa minggu lalu.

Tambahnya, SAFF komited untuk memenuhi segala keperluan-keperluan bidaan bagi menganjurkan kejohanan tersebut dalam masa 11 tahun dari sekarang.

Featured Image: SAFF

komen