Penyertaan perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan dalam saingan KL Masters 2023 – Jelajah BWF bertaraf Super 100 – berakhir di pusingan 32.
Ini selepas pemain berusia 26 tahun terbabit terpaksa akur tumpas di tangan pemain Singapura yang menghuni ranking ke-65 dunia, Jason Teh Jia Heng di peringkat terbabit, pagi tadi.
Dalam pertarungan tersebut, June Wei tumpas kepada pemain berusia 23 tahun itu secara “straight set” menerusi skor 8-21 dan 10-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan.
BERGAMOT KL Masters Malaysia Super 100 2023
MS – R32
21 21 🇸🇬Jia Heng Jason TEH🥇8 10 🇲🇾CHEAM June Wei
🕚 in 31 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 1, 2023
Kekalahan ini menjadikan rekod pertembungan antara June Wei dan Jason di pentas antarabangsa seimbang dengan dua kemenangan masing-masing daripada empat pertemuan.
Sebagai rekod, June Wei mara ke pusingan 32 setelah mendapat “bye” pada pusingan 64.
Sementara itu, skrip yang sama iaitu terkandas di pusingan 32 turut menimpa perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini.
Pemain berusia 19 tahun yang menghuni ranking ke-258 dunia ini terkandas selepas tumpas di tangan pemain India, Mansi Singh secara “straight set” menerusi skor 11-21 dan 13-21 juga dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.
BERGAMOT KL Masters Malaysia Super 100 2023
WS – R32
21 21 🇮🇳MANSI SINGH🏅
11 13 🇲🇾Siti NURSHUHAINI🕚 in 31 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 1, 2023
Semalam, Nurshuhaini berjaya menerjah masuk ke babak undian utama selepas melakar kemenangan dalam dua perlawanan di peringkat kelayakan.
Nurshuhaini memulakan perlawanan pertama dengan menumpaskan rakan senegara, Joanne Ng menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-16 dan 21-16.
Kemudiannya, Nurshuhaini meneruskan rentak kemenangannya dengan menumpaskan Han Yu Chen dari Chinese Taipei secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-17.
View this post on Instagram
Featured Image: Badminton Association of Malaysia