Pilihan pertama kejohanan, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See tidak mempunyai masalah untuk melakar kemaraan ke pusingan 16 dalam saingan KL Masters 2023 – Jelajah BWF bertaraf Super 100.
Ketika turun beraksi di pusingan 32 pagi tadi, gandingan Peng Soon-Yee See yang berada di ranking ke-44 dunia berhasil melakar kemenangan mudah ke atas pasangan Korea, Kim Young-hyuk dan Kim Hyerin.
Peng Soon-Yee See berjaya menyudahkan pertarungan terbabit secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-15 dalam tempoh 38 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Stadium Titiwangsa.
BERGAMOT KL Masters Malaysia Super 100 2023
XD – R32
🇲🇾CHAN Peng Soon🏅
21 21 🇲🇾CHEAH Yee See🏅
🇰🇷KIM Young Hyuk
16 15 🇰🇷KIM Hyerin🕚 in 38 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 1, 2023
Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.
Menariknya, pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini baru sahaja berlangsung pada minggu lalu di saingan Indonesia Masters II yang juga bertaraf Super 100.
Namun begitu, pertarungan di pusingan 16 tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada gandingan Young-hyuk dan Hyerin.
Berbalik kepada saingan KL Masters, kemenangan dilakar Peng Soon-Yee See pada hari ini membawa mereka bertemu gandingan Hong Kong yang menghuni ranking ke-198 dunia, Lui Chun Wai dan FU Chi Yan.
Kedua-dua pasangan ini akan berentapbuat julung kalinya di pentas antarabangsa pada hari esok bagi memburu tiket ke peringkat suku akhir.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023