Pilihan pertama kejohanan bagi kategori beregu campuran, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See nampaknya tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke suku akhir KL Masters 2023.
Gandingan No.5 negara dalam kategori ini melangkah ke peringkat tersebut selepas berhasil menundukkan pasangan Hong Kong yang menghuni ranking ke-198 dunia, Lui Chun Wai dan Fu Chi Yan pada pusingan 16, hari ini.
Dalam pertarungan itu, Peng Soon-Yee See menundukkan mereka secara “straight set” menerusi skor 28-26 dan 21-19.
BERGAMOT KL Masters Malaysia Super 100 2023
XD – R16
🇲🇾CHAN Peng Soon🏅
28 21 🇲🇾CHEAH Yee See🏅
🇭🇰LUI Chun Wai
26 19 🇭🇰FU Chi Yan🕚 in 50 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 2, 2023
Pertembungan julung kali melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung selama 50 minit permainan sebelum dapat ditemui pemenangnya.
Hasil daripada kemenangan ini, Peng Soon-Yee See akan berhadapan pilihan kelapan kejohanan, Wu Hsuan-yi dan Yang Chu Yun pada hari esok untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Terdahulu, gandingan dari Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-124 dunia ini melakar kemaraan selepas menjinakkan gandingan Vietnam, Van Hai Pham dan Van Anh Than pada pusingan 16.
Lawannya yang menghuni ranking ke-134 dunia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 24-22 dan 4-21 dalam tempoh masa 45 minit.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023