Perseorangan lelaki No.7 tanah air, Aidil Sholeh berhasil meneruskan perjalanannya dalam saingan KL Masters 2023 – Jelajah BWF bertaraf Super 100 – sehingga ke peringkat suku akhir.
Di peringkat terbabit, pemain berusia 23 tahun ini bakal membuat perhitungan dengan pemain No.2 Singapura yang menduduki ranking ke-65 dunia iaitu Jason Teh Jia Heng untuk merebut tiket separuh akhir.
Untuk makluman semua, pertembungan yang dijadualkan berlangsung pada hari esok ini merupakan yang pertama melibatkan Aidil dan Jason di pentas antarabangsa.
BERGAMOT KL Masters Malaysia Super 100 2023
MS – R16
21 21 🇲🇾Sholeh AIDIL🏅
19 17 🇰🇷CHO Geonyeop🕚 in 58 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 2, 2023
Terdahulu, Aidil berhasil meloloskan diri ke suku akhir selepas menumpaskan wakil Korea iaitu Cho Geonyeop yang berada di ranking ke-167 dunia pada pusingan 16, hari ini.
Dalam pertarungan yang julung kali melibatkan kedua-dua pemain ini, Aidil berhasil menjinakkan pemain berusia 27 tahun terbabit secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-17.
Namun begitu, ianya kemenangan tersebut tidak menjelma dengan mudah. Aidil perlu bertarung dengan Cho selama hampir satu jam terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan kemenangannya itu.
Sementara itu, Jason pula mara selepas menumpaskan pemain Hong Kong, Chan Yin Chak secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-10 dalam tempoh 33 minit permainan.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia