Ng Tze Yong gagal meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam saingan Terbuka HYLO 2023.
Ianya gara-gara pemain berusia 23 tahun tersebut tumpas di tangan pemain No.1 Republik Czech, Jan Louda ketika berentap di pusingan 16, sebentar tadi.
Lebih mengejutkan, Tze Yong yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan tumpas di tangan pemain yang menghuni ranking ke-49 dunia terbabit secara “straight set” dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.
Tze Yong tumpas pada set pertama menerusi skor 10-21 sebelum tewas pada set kedua dengan keputusan 7-21.
Sebagai rekod, keputusan ini menjadikan Tze Yong tumpas dua kali berturut-turut bertemu pemain berusia 24 tahun ini.
Ketika bertemu julung kalinya dalam saingan Terbuka Czech 2021, Tze Yong turut mengalami kekalahan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-16, 16-21 dan 25-27.
Sementara itu, Louda yang meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini akan bertemu perseorangan Perancis, Toma Junior Popov untuk merebut tiket ke separuh akhir.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023