Artikel

Saingan MPFL 2024 Kategori Lelaki Mempunyai Dua Divisyen

Malaysia Premier Futsal League (MPFL) pada musim hadapan akan dilihat lebih meriah apabila penganjur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengembangkan saingan bagi kategori lelaki menjadi dua divisyen iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2.

Perkembangan itu hadir selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM bermesyuarat buat kali kesembilan bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, semalam.

Bagi saingan Divisyen 1, ianya terdiri daripada 10 buah pasukan terbaik daripada saingan MPFL 2023. 

Ianya akan dijalankan dengan format liga dua pusingan (double round-robin) yang akan dimainkan di tempat sendiri (home) dan (away).

Saingan Divisyen 1 ini dijangka bermula pada penghujung Januari atau awal Februari dan tamat pada Ogos 2024.

Sementara itu, Divisyen 2 pula akan disertai oleh baki pasukan daripada MPFL 2023 bersama-sama pasukan baharu. 

Format pertandingan bagi Divisyen 2 turut dijalankan secara liga dua pusingan namun ianya akan dimainkan secara sirkit.

Sepak mula bagi saingan ini dijadualkan pada penghujung Januari atau awal Februari namun ianya dijangka tamat lebih awal iaitu pada Julai 2024 berbanding saingan Divisyen 1. 

Bagaimanapun, pihak FAM tidak berkongsikan sebarang jumlah pasukan-pasukan baharu yang akan menyertai Divisyen 2 setakat ini.

komen