Artikel

Tiket Perlawanan Akhir Piala MFL Serendah RM20

Selepas mengumumkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue perlawanan akhir Piala MFL, penganjur, Malaysian Football League (MFL) tampil mengumumkan harga tiket bagi perlawanan tersebut, hari ini.

Menerusi kenyataan rasminya, MFL menawarkan dua kategori tiket bagi perlawanan akhir yang menemukan Terengganu FC II (TFC II) dan Johor Darul Ta’zim (JDT II) pada 11 November (Sabtu).

Kategori pertama adalah General Admission yang berharga RM20. Manakala kategori kedua pula adalah Grandstand yang berharga RM30.

Harga yang dinyatakan itu tidak termasuk caj perkhidmatan pembelian atas talian di laman sesawang; tickethotline.

Kesemua tiket ini akan diagihkan sama rata kepada TFC II dan JDT II dan proses penjualannya akan diserahkan kepada pihak pengurusan kelab untuk dijual kepada penyokong dan peminat masing-masing.

Kesemua tiket-tiket tersebut akan dijual secara dalam talian.

Untuk makluman semua, sepak mula perlawanan bagi merebut trofi kejuaraan edisi sulung serta wang tunai bernilai RM500,000 ini dijadualkan pada jam 8.15 malam.

Featured Image: Terengganu FC II

komen