Kelab yang diwakili dua pemain bintang Karim Benzema dan Ngolo Kante iaitu Al Ittihad kini tidak lagi menggunakan khidmat Nuno Espirito Santo sebagai ketua jurulatihnya.
Perkembangan itu hadir apabila Al Ittihad mengumumkan menamatkan kontrak jurulatih dari Portugal yang berusia 49 tahun terbabit sekitar awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Penamatan kontrak Nuno yang pernah mengemudi Wolverhampton Wanderers dan Tottenham Hotspur itu dilakukan selepas pihak kelab melakukan penilaian teknikal menyeluruh.
Good Luck Nuno ⚫️🟡#ThankYouNuno pic.twitter.com/cMUKvftbKK
— Ittihad Club (@ittihad_en) November 7, 2023
Untuk makluman semua, Al Ittihad di bawah bimbingan Nuno gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir Liga Pro Saudi – seri tiga kali dan tewas sebanyak dua kali.
Sementara itu, pihak kelab turut memaklumkan kekosongan yang ditinggalkan Nuno itu akan diisi oleh penolong jurulatih, Hassan Khalifa selaku ketua jurulatih sementara (interim) sehingga prosedur pelantikan ketua jurulatih baharu diselesaikan.
Sebagai rekod, Nuno mula berperanan selaku ketua jurulatih Al Ittihad sekitar Julai 2022 dengan kontrak sehingga 2024. Pada musim lalu, Nuno berjaya membimbing Al Ittihad muncul juara Liga Pro Saudi.
Featured Image: Al Ittihad