Beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berjaya mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Korea Masters 2023 – Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300.
Langkah tersebut dicipta selepas Soon Huat-Shevon berhasil mengejutkan pasangan tuan tumah yang yang berada di ranking ketujuh dunia, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon yang berada di ranking ke-14 dunia terlebih dahulu tumpas pada set pertama menerusi skor 16-21.
Korea Masters 2023
XD – QF
🇲🇾GOH Soon Huat🏅
16 22 22 🇲🇾LAI Shevon Jemie🏅
🇰🇷KIM Won Ho
21 20 20 🇰🇷JEONG Na Eun🕚 in 61 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 10, 2023
Namun begitu, pasangan negara yang turut diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan berjaya bangkit memenangi set kedua dengan skor 22-20 sebelum mengulangi skor yang sama, 22-20 pada set ketiga,
Untuk rekod, Soon Huat-Shevon terpaksa mengharungi satu jam dan satu minit pertarungan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan kemenangan sekaligus menempatkan diri ke peringkat separuh akhir.
Pada masa yang sama, kemenangan pada hari ini membolehkan Soon Huat-Shevon mengimbangi rekod pertemuan menjadi satu kemenangan masing-masing selepas tewas pada perlawanan sulung menentang pasangan yang sama dalam saingan Terbuka Malaysia tahun lalu.
Sementara itu, di peringkat separuh akhir kelak, Soon Huat-Shevon akan bertemu samada rakan senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing (ranking ke-21) atau beregu China, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin (ranking keenam) untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.
Featured Image: Victor Facebook