Kumamoto Masters: Perseorangan Lelaki No.3 Negara Sangkut Di Peringkat Kelayakan
November 14, 2023 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki No.3 tanah air, Leong Jun Hao terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi lebih jauh dalam saingan Kumamoto Masters Jepun 2023.

Ini gara-gara pemain berusia 24 tahun ini gagal menundukkan lawannya di pusingan kedua peringkat kelayakan iaitu Takuma Obayashi yang menghuni ranking ke-39 dunia.

Dalam perlawanan tersebut, Jun Hao yang kini berada di ranking ke-36 dunia tumpas di tangan pemain tuan rumah itu secara “straight set” menerusi skor 23-21 dan  21-16 dalam tempoh hampir satu jam permainan.

Kekalahan itu sekaligus menyebabkan Jun Hao gagal merakamkan kemaraan ke babak undian utama bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini.

Terdahulu, Jun Hao berhasil melakar kemenangan bergaya ke atas pemain Australia, Takeru Kai yang berada di ranking ke-834 dunia pada pusingan pertama peringkat kelayakan yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pagi tadi.. 

Pertarungan itu dimenangi Jun Hao secara “straight set” menerusi skor 21-7 dan 21-3 dalam tempoh 19 minit permainan sahaja.

Selepas ini, Jun Hao akan terbang ke India untuk menyertai kejohanan Jelajah Dunia BWF terakhir bagi tahun ini iaitu saingan Antarabangsa Syed Modi India – bertaraf Super 300 – yang akan berlangsung dari 20 November hingga 3 Disember.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

Komen