Artikel

Kumamoto Masters: Tang Jie-Ee Wei Bertembung Soon Huat-Shevon Di Pusingan 16

Beregu campuran No.1 dan No.2 tanah air bertembung sesama sendiri di pusingan 16 untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir Kumamoto Masters Jepun 2023 – Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500. 

Pertembungan melibatkan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menentang Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai itu terhasil selepas kedua-duanya meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing di pusingan 32, hari ini.

Terdahulu, gandingan Tan Jie-Ee Wei mengesahkan kemaraan selepas melakar kemenangan ke atas pasangan Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-86 dunia, Wei Chun Wei dan Nicole Gonzales Chan.

Tang Jie-Ee Wei yang berada di ranking kesepuluh dunia mudah menumpaskan pasangan tersebut secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-10 dalam tempoh masa 25 minit sahaja.

Langkah tersebut diikuti oleh Soon Huat-Shevon dengan menumbangkan gandingan Scotland, Adam Hall dan Julie Macpherson yang berada di ranking ke-48 juga secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-11 dalam tempoh masa 24 minit sahaja.

Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak satu kali sebelum ini di pentas antarabangsa.

Pertemuan itu berlangsung di saingan Terbuka Korea pada Julai lalu yang menyaksikan ianya dimenangi oleh Soon Huat-Shevon secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-16 sekaligus mara ke pusingan 16.

Mampukah Tang Jie-Ee Wei membalas kekalahan di Terbuka Korea pada Julai lalu atau Soon Huat-Shevon akan mengulangi kemenangan tersebut sekali lagi? Sama-sama kita nantika pada hari esok.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

komen